Skip to main content

Posts

Selamat Hari Raya Aidilfitri

Salam Selamat Hari Raya. Maaf zahir batin. Andai ada terkasar bahasa hingga menghirus hati dan perasaan. Pada yang pulang ke kampung halaman, berhati-hati di jalan raya. Biar lambat asal selamat. Tak lari kampung tu der.. Semoga Aidilfitri kali ini dapat merapatkan yg jauh dan mengeratkan silaturahim sesama kita. Aminn. Sent from my iPhone

Hard Rock Cafe, Phuket

Salam, Aktiviti malam kedua, sempat singgah ke HRC. Yeay! Lebih kurang 15minit dari hotel. Masa sampai hujan rintik-rintik so kami decide untuk pergi dinner dulu. Memang berbaloi kalau makan tom yam kat Thailand nih. Sedap dan kaw. Lepas dinner jalan around situ. Banyak deretan kedai jual cenderahati macam tshirt, keychain, dan sebagainya. Murah tp kena pandai bargain. After cuci mata survey sblm shopping betul-betul esoknya, singgah kat HRC. Dapat sambar dua helai tshirt. To me, kat sini price lagi murah compare to Malaysia. So xde la beza sangat. Yang best nya band dia kat luar. Klo korang x duduk pon still leh layan dari tepi jalan. Around 12pm kami gerak balik ke hotel. Kepenatan snorkelling siang tadi tak hilang lagi. Sambung next entry Me HRC Phuket

Trip to Phuket : Part 3

Salam, K sambung dari part 2. Saje nak bagi nampak cam banyak entry. K trip island hopping sebenarnya lebih kurang dalam 6 jam, include 6 island. Lebih kurang. Jangan tanya nama pulau tu sbb i memang tak ingat. Yg i ingat Phi Phi island, monkey bay, bla bla bla. Memang cantik, dan sangat awesome! Subhanallah cantik sgt cuaca dan scenery. Memang kagum dgn ciptaan Allah. Ramai sgt manusia time nih. Nak pulak kat island yg leonardo dicarpio berlakon tuh. Ada cerita kelakar time snorkelling ni. Btw, korang pun taw ai tak reti berenang kan? So this is my first time i snorkelling. So faham2 je la ya. Lepas dari monkey bay, bot berhenti kat tengah-tengah laut tu utk bagi masa kitorg semua snorkelling dalam sejam. Masa nak turun dari bot tu cam confident je ye la sbb ada life jacket kan takde la takut sangat. Sekali amik kauuuuu! Cuak n panic attack tiba-tiba rasa takut semua ada. Ai berpaut kat rohaizah. Dia la yg jadi mangsa ai masa tu. Pastu apa lagi, ...

Trip to Phuket : Part 2

Salam Lama tak update. K hari ni free sikit so ai update la sikit pasal day 2 di Phuket. First nak cerita pasal snorkelling. Ntah ingat ke tak lagi ni. Ai is da tua memori rendah. Ok, utk trip ni kitorg dah booking in advanced untuk pakej island hoping. Lebih kurang RM140/pax. Termasuk transport dr hotel ke jeti. Btw, kalau korang walk in pun actually banyak lagi kat luar tu. Just kena rajin survey n negotiate. Transport sampai dalam pukul 7.30am. Standby depan hotel. Pastu dia amik passenger yang sama ejen ngan kami terus bawa ke jeti utk naik bot. Kat situ nanti ada briefing utk safety and ada sediakan breakfast simple cam biskut, roti, coffee n tea. Siapa yang mabuk pun ada disediakan pil tahan mabuk. Tak perlu bawa dari Malaysia. Naik speedy boat kapasiti dalam 30 org. Masa ni la boleh tgk macam2 gelagat org. Pengalaman pertama naik bot berlambung memang best la. Happening trip ni sebab ramai youngster. Hehehe. Sambil menyelam minum air. K sambung next ...

Salam Ramadhan

Selamat berpuasa kawan-kawan

Trip To Phuket : Day 1

Salam Sebelum terlupa mari kita cerita pasal ni. Maklumlah da tua ni cepat lupa. Sampai Phuket International Airport dalam pukul 10.30pm. Thailand lambat sejam dari malaysia. Tapi kat imigresen tu yg amik masa lama sikit. Sebab kaunter bukak sikit, org lak ramai. Rasanya lebih 40minit kat sini je. Settle sume, cari ejen yg amik kami. Ju da booking siap2 transport utk ke hotel. Elok je sampai hujan turun dgn lebatnya. Nasib dah selamat landing. Mmg scary ok! Dari airport nak ke hotel dalam 30minit. Sampai hotel check in n rest kejap. Pastu keluar cari makan. Apa barang dok bilik kan. Time ni kat area sini belum hujan. So dgn confidentnya keluar x bawa payung or rain coat. Tengah jalan menghirup udara segar, amik kau.....hujan baru turun. So bergambar laju-laju pastu tapau makanan ringan terus zassss balik hotel. Nanti sambung episod esok paginya, Island Hoping! Kbai

Trip to Phuket : KLIA2

Salam, Hi guys! Baru balik dari Phuket. 1st experience naik flight depart di KLIA2. Cantik. Besar. Class. Tiga perkataan yg mampu menggambarkan KLIA2. Dari ERL Putrajaya ke KLIA2 lebih kurang 35minit. Tambang RM6.20. To me, ok la. Bnyk kedai. Tapi still ada lot vacant yg dalam renovation. Nnt i update lagi ya.. See ya!

Buat dialog sendiri

Candid by Kak Sal masa makan kat Kuala Perlis hari tu. Tak ingat tengah gelak pasai apa tims nih. 1 2 3

Hard Rock Cafe Melaka

Salam, Lama tak update blog. Mood kelaut. Banyak mende nk settle. Sorry kengkawan. Ni aktiviti last week masa cuti Labour Day 1st Mei. Nak g PD bapak la ramai org. Jem mengalahkan apa je. So kita lajak ke Melaka. Sempat lepak kat Hard Rock malam tuh. Ramai org, nasib ada seat. Tu pon depan sekali. Btw, tak susah nak cari sbb location dia betul2 depan Jonker Street. Dari tepi jalan da nampak signbord dia. Band malam tu best! Macho dan hot. K itu sahaja utk kali ni. See ya!

#prayforMH370

Salam Takziah diucapkan kpd semua keluarga penumpang dan crew penerbangan MH370. Moga diberi ketabahan menempuhi ujian ini. Semua yg berlaku itu atas kehendak Allah. Dari dia kita datang, pada dia kita pulang.

Treasure Hunt JPM 2014

Salam Aktiviti last weekend, ai ngan mardiana dan anita join treasure hunt. Saja nak try for the first time. Group amatur gini la. Soalan memang susah. Boleh kata dalam 40 soalan, boleh kata dalam 20 je ai confident betul. Seriously tabik spring pada pemenang. Cam harem pon ada gak soklan tuh. Jawapan tah pape. Hehe. Tiba-tiba keluar lagu 'Tak Tercapai Akalmu nyanyian Elyana'. Game start kol 8am. Pukul 7 da get ready kat auditoriun JPM utk registration dan pelepasan peserta. Semangat berkobar2 tapi set kat pale otak kita dtg bukan nak menang, nak enjoy je. Klo dapat hadiah itu bonus. Macam-macam gelagat leh tengok. Best la. Di samping bersuka ria dapat gak menyumbang pada charity. Alhamdulillah. Tahun depan leh join lagi. Yeay!

Pray for MH370

Salam Pulanglah.. Kami rakyat Malaysia sentiasa doakan yg terbaik untuk semua crew dan penumpang MH370.

Again

Salam, Cerita malam td. Salah tido ke salah bantal ke tak taw yg mana satu. Terjaga jam 4pagi, kreeekk... Sakit tengkuk. Nk minum air pon tak boleh. Alahai... Mengiring ke kiri langsung tak boleh. Lama gak adjust tidur, last2 tidur sambil duduk. Amik kau... Perghhhh sebelum ni bukan tak pernah jadi gini. Tapi ni paling worst la. Serius. Tak boleh mendongak dan tunduk ke kiri. So menyerah diri g klinik di Presint 3. Alhamdulillah dapat 3 jenis ubat. tahan sakit, surut bengkak ngan ubat sapu. Harap-harap cpt recover. Aminnn Sakit itu menghapus dosa kecil.

Aku dan ubat

Salam, Last week punya cerita. Korang sihat ke? Ai lately bi cam tak berapa sihat. Faktor cuaca maybe. Hari Rabu ari tu, bangun pagi tu da rasa sakit dada. Mencucuk-cucuk gitu. U olls penah rasa x? Sakitnya bagai dihiris sembilu. Selalunya kalau mengeliat ada la bunyi krak-krak gitu. Tapi pagi tu xde bunyi. Cam tersangkut. gulp. Berdebar tapi buat-buat cool. Sakit ooo... Mandi dan pergi kerja cam biasa. Dalam pukol 9, ai da rasa tak selesa. Kuar pergi klinik jap. Bawah opis je klinik tuh. Sambil jalan tu tekan dada guna tangan. Terasa cam orang tua kejap. Eh takpon cam bisnesman orgkaya dalam drama melayu yang terkejut dgr berita tergempar ala-ala heart attack. Sampai klinik doc check. Dia siap suruh buat pemeriksaan jantung. 1st time wayar berselirat. Da macam dalam samarinda lak rasa. Kat kaki ngan tangan pon ada. Yg kat dada takyah cakap la. Tapi kejap je la, dalam 5min camtu la. ubat itu Da setel check jantung, ai request nk check kandungan gula dalam darah. ...

Yayang's Wedding Day

Salam SELAMAT PENGANTIN BARU yayang n kak Ayuni! Last weekend ai attend wedfing kazen ai kat Dewan Perdana Keramat Mall. Ai jumpa Kak Di! Nak tegur tapi malu. Ye la time makan kan. Ai is tgk dari jauh je la. Kecik molek je orangnya. Pandang belakang dia dah takde. Leh bukak blog kak Di kat link ni;  http://comatosewithbraindamage.blogspot.com/ .  Ai sampai dalam pukol 1230 cenggitu. Pastu tungu rombongan dari Bentong sampai sumer and masuk dewan together2. Dimulakan dengan bacaan doa. Pastu alunan qasidah dari budak-budak maahad. To me, teratur je majlis ni. Food pon ok la. Tapi ai diet nasik so makan ratah-ratah je. Ni je pic yang ada. Ni pon cilop kazen ai punya fb. Nanti ai upload kendian. Tata Titi Tutu p/s : Salam maulidur Rasul kengkawan Budak tahfiz dan Qasidah En Pengapit dan Dhia Makcik Pakcik

Suka suki 2013

Salam Selamat datang 2014! Rasanya masih belum terlambat untuk i ucapkan Selamat Tahun Baru. Semoga tahun ini lebih baik dari tahun sebelumnya. Banyak suka dan duka sepanjang 2013. Antara yang paling terasa adalah pemergian kazen ai, Allahyarham Fikri. Allah lagi sayangkan dia. Kami redha dengan ketentuan Allah. Antara kenangan manis pula adalah apabila menjejakkan kaki ke Singapore untuk kali kedua! tapi kali ni pergi dengan kawan-kawan ke Universal Studio. 2014 ke mana kita? Insyaallah panjang umur n murah rezeki ada la tu nanti. USS Untuk tahun 2013 juga merupakan tahun pertama ai menjalankan tangungjawab sebagai rakyat Malaysia dengan mengundi. Mencatat rekod juga apabila merupakan GE pertama guna dakwat kekal. I undi apa? Undi adalah rahsia. Iklan jari. Alhamdulillah, rezeki murah pada tahun 2013. Dapat memiliki sebuah kereta. (tak habis bayar lagi so consider berhutang dengan bank.)  287 2013 ai dapat kakak ipar! hoyeah... 2014 harap2 jadi au...

Street Mall Cyberjaya

Salam Lepas kerja tadi jalan ke Street Mall Cyberjaya. Puas tgk GPS haremmmm... Dua tiga kali pusing tang tu jugak. Kat sini spesel sbb bnyk kedai makan yg best. Ada Indian Cuisine, Thai, chinese food, buffet stimboat, kyros Kebab, Arabian Food, bla bla bla.. Yang menyebabkan ai nak pergi sgt sbb ai baca kat blog depa kata ada jual2 tudung meriah gle kat sini. Rupa-rupanya dia bukak setiap Selasa dan Jumaat. Hmmm.. Xde rezeki la datang hari Isnin. Pasrah. So pasni leh explore Cyberjaya lagi. Depan tu nampak Tune Hotel still under construction. Banyak jugak shoplot under renovation. Dah macam lagi best dr Putrajaya je nih!! K bai. Selamat tahun Baru

Homestay Gambang,Kuantan

Kemudahan Rumah Tamu Mila Milia (RTMM) @ Bukit Gambang, Kuantan, Pahang. - 3 bilik & 3 bilik air. - Air cond di bilik utama, bilik 2 & bilik 3. - Peralatan memasak, dapur + gas & peti ais. - Tv + Astro Basic Channel. - Bilik 1: Katil Queen + Aircond 1.0hp dan Kipas Silling. - Bilik 2: Katil double decker + Aircond 1.0hp + Kipas Kaki. - Bilik 3: Bug bed + Aircond 1.0hp + Kipas Kaki. - 2 set toto saiz queen + bantal. - Pembakar roti, Rice Cooker & Jug Pemanas Air. - Kipas siling diruang tamu, dapur & bilik utama. Berhampiran dengan: Bukit Gambang Resort City, Bukit Gambang WaterPark, Bukit Gambang Night Safari Park, UMP, Kolej Komuniti Paya Besar, Kolej Matrikulasi Gambang. Harga Sewaan: Rm200/Malam No telefon: 01119900329 (Faizal). Tarikh iklan: 24/12/2013