Assalamualaikum.. Kisah sedih di penghujung bulan Februari. Uhuk uhuk. Kejadian berlaku semasa kami dalam perjalanan menuju ke Raub untuk servis kereta di Pusat Servis Proton. Sambil bergurau senda dan menikmati pemandangan yang indah beserta angin sepoi bahasa mengiringi perjalanan kami. Tiba-tiba... Pang!!! Kami dikejutkan dengan bunyi yang agak kuat seperti bunyi mercun bola. Binawe! Pecah sudah cermin kereta ku. Padahal bukan kami mengekor belakan lori pun. Ini memang angkara kereta dari lane bertentangan ni. Jilake. Takde rezeki, apakan daya. Andai sudah tertulis bukan rezeki kami, memang bukan lah ia. I redha. Walaupun hati dan poket I menangis huwaaa.... Rupanya dah memang banyak kes hit & run seperti itu sebelum ini. Geng budak-budak remaja. Astagfirullah al azim. Semoga tuhan je yang membalasnya. Tak baik tau dik, aniaya orang. Doa orang yang teraniaya ni makbul dan tiada hijab. Ingat tu dik! Petang tu jugak I hantar kereta ke...
kamisahaja87@blogspot.com