Salam, Masih belum terlambat utk ai ucap selamat hari bapa utk semua bapa-bapa di dunia. You're the best! Apa yang ai nak kongsikan di sini ialah satu kisah yg diharap mampu membuka mata masyarakat. Tadi ai nak ke kedai sebelah blok ai. Kebetulan nak turun, ai bawak turun sekali sampah. Ada dua plastik. Satu plastik berisi botol air mineral, satu lagi sampah basah. Sampai kat tempat sampah ai nampak ada sebuah motosikal. Dah dua tiga kali jugak ai nampak motosikal ni. Ex5 biru. Dalam pada itu, ai ternampak sesusuk tubuh lelaki. Kurus. Tua. Layaknya umur begitu berehat sahaja di rumah bersama anak dan melayan keletah cucu. Tambahan pula hari ini hari bapa. Dia tgh korek sampah. Ai tak tahu apa dia cari. Bersungguh-sungguh. Ai senyum pada pakcik itu. Selepas meletakkan sampah ke dalam tong, ai pun berlalu menuju ke kedai runcit. Dalam perjalanan menuju ke kedai runcit berhampiran, ai terfikir. Apa pakcik tu buat? Untuk apa dia melakukannya? Ai tersedar, bukan sem...